Pelakon Nad Zainal kesal dengan sikap pemandu lori di kawasan pembinaan berhampiran tempat tinggalnya yang bertindak agresif di jalan raya.

Kata Nad, dia sendiri pernah beberapa kali berdepan dengan sikap biadab pemandu lori yang membawa kenderaan berat itu dalam keadaan berbahaya selain gemar melakukan provokasi penduduk setempat.

"Pada jam tepat 9am, saya dan suami ingin pulang ke rumah, di depan perumahan kami ada satu kerja pembinaan sedang berlangsung.

"Ini bukan kali pertama mereka ini membawa lori secara berbahaya dan selalu provoke penduduk di sini, seperti parking sesuka hati, bawa lori secara melulu, dan DEGIL!

"Sebentar tadi, lori ini keluar dari tapak pembinaan dengan laju, dan menggesa kenderaan kami untuk undur.. dan mengancam untuk melanggar..mata pemandu merah, ini bukan kali pertama terjadi, dan bukan sahaja pada kami.. ( untuk kami dah kali ketiga).

"Pernah juga mereka seperti melambat-lambatkan proses parking lori, dan menyebabkan kesesakan di satu satunya jalan untuk penghuni kediaman di sini pulang ke rumah.

"Bila ada yang kata mahu adukan pada polis mereka tidak takut, malahan terus mencabar 'Reportlah.. aku tak kisah'.

"Terasa dibuli di tempat sendiri," kongsinya di Instagram.



Justeru, Nad menyeru kepada pemaju projek terbabit agar memantau pekerja binaan agar kejadian sama tidak berulang lagi.

"Kepada tuan tapak projek sila pantau pekerja ini.

"Kami sudah bertoleransi dengan pencemaran bunyi yang kalian buat, yelah, bertukang.. takkan nak senyap macam orang menjahit pula kan.

"Tapi kalau sampai buli atas jalan raya.. yang juga satu satunya jalan nak balik rumah... rasanya macam too much," katanya yang turut mahukan pihak berkuasa tempatan bertindak segera.

Perkongsian Nad itu mendapat respon pengikutnya yang bersetuju seandainya pelakon itu melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk polis.

"Dulu jiran parking depan rumah I kat JB pun I buat report polis. Inikan pula lori," kata pengarah Nizam Zakaria.

"Nanad, kes macam ni boleh buat report polis sebagai cover jika dirasakan akan ada ancaman terhadap diri dan keluarga serta harta benda serta boleh juga di maklumkan kepada pihak PBT melalui apps atau aduan bertulis...kena ramai-ramai mereka yang terkesan buat aduan tersebut," nasihat pengguna Instagram lain.