Nad Zainal Macam Pengantin Di Majlis Aqiqah Anaknya

Syafiqah Jalal
Januari 4, 2017 09:18 MYT
Pelakon Nad Zainal kelihatan seperti seorang pengantin apabila anggun berbaju kurung dan berselendang putih di majlis aqiqah anaknya, Fahad Ibrahim.
Nad Zainal telah berkongsi foto-foto di sekitar majlis aqiqah putera sulungnya itu di laman sosial Instagram (IG) yang berlangsung pada Isnin iaitu 1 Januari lalu.
Bukan sahaja Nad, tetapi suaminya Muhammad Faliq Amiruddin turut mengenakan baju rona putih sedondon dengan anak mereka pada hari tersebut.
Majlis aqiqah itu turut disertakan dengan acara tahnik pertama anak sulung mereka.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Antara rakan artis yang dilihat hadir seperti Jihan Muse, Sharifah Shahirah dan suami, Sharifah Sakinah, Misha Omar, Izreen, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Berikut merupakan foto-foto comel Fahad dan sekitar majlis tersebut:
#pelakon #Nad Zainal #Pelakon #Majlis Aqiqah