Nadir Al-Nuri Jawab Misteri Dana RM20 Juta Untuk Gaza
Asraf Aided
24/07/2021 10:53 MYT
24/07/2021 10:53 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri Tampil memberi penjelasan berhubung isu wang sumbangan RM20 juta yang sedang tular.
Menurut Nadir, pihak CGM tidak menerima RM20 juta setiap tahun seperti yang didakwa segelintir pihak.
"Kami tidak menerima wang sumbangan RM20 juta setiap tahun, tuduhan yang mengatakan kami terima RM20 juta setiap tahun itu salah.
"Bila disebut tentang perang dan kemudian dapat wang dengan jumlah itu, perang di Gaza pun bukanlah berlaku setiap tahun, jadi bagaimana nak kutip RM20 juta setiap tahun?
"Duit RM20 juta itupun bukanlah diuruskan oleh CGM sahaja, sebenarnya ia juga dikutip oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) lain yang terdiri daripada puluhan anak muda yang berpengalaman selama berpuluh-puluh tahun dalam kerja kebajikan.
"Mereka ini adalah di bawah MyAqsa Defenders (MAD)," katanya.
Nadir berkata demikian dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin pada Sabtu.
Penjelasan itu dibuat bagi memberi pencerahan tentang pertikaian ke mana perginya RM20 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia setiap tahun untuk mereka yang memerlukan di Palestin.
Dalam pada itu Nadir turut membentangkan pecahan perbelanjaan wang sumbangan tersebut.
"30 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah untuk projek segera dan medium-term, 30 peratus untuk infrastruktur diikuti 40 peratus untuk projek mapan bagi pusingan kewangan," jelasnya.
Terdahulu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew mempersoalkan ke mana perginya RM20 juta itu ketika bersiaran secara langsung di platform media sosial.
Sesi siaran langsung itu diadakan bagi menjawab dakwaan beberapa individu termasuk Nadir yang menyentuh tentang misi kemanusiaan Ebit di Gaza baru-baru ini.
BACA: Jawab Fitnah, Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri - "Mana Pergi RM20 Juta Duit Rakyat Malaysia?"
BACA: Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."