Laman Utama

Jawab Fitnah, Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri - "Mana Pergi RM20 Juta Duit Rakyat Malaysia?"

gempak
Asraf Aided
22/07/2021
07:12 MYT
Sponsor Banner
Jawab Fitnah, Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri - "Mana Pergi RM20 Juta Duit Rakyat Malaysia?"
Pelbagai persoalan berkenaan isu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjalani misi kemanusiaan di Gaza yang membabitkan dakwaan beberapa individu akhirnya dijawab oleh tuan empunya diri.
Menerusi Instagram Live yang berlangsung lebih sejam, Ebit tampil menjawab beberapa dakwaan dari rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Palestin yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri terhadap pihaknya seperti yang tular semalam.
BACA: Misi Bantuan Ebit Lew Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."
Selepas menegaskan tidak pernah membuka sebarang tabung untuk ke Gaza dan hanya membelanjakan wang sendiri, Ebit mempersoalkan Nadir tentang kemana perginya wang RM20 juta hasil derma rakyat Malaysia setiap tahun untuk mereka yang memerlukan di negara berkenaan.
"Saya memang tak pernah buka sebarang tabung untuk menjalankan misi di Gaza, persoalan yang patut ditujukan adalah kepada Nadir, ke mana pergi duit RM20 juta yang didermakan rakyat Malaysia untuk sumbangan di Gaza setiap tahun?
"Kalau saya, memang saya guna duit sendiri dan saya pergi dengan rakan-rakan, mereka juga ada menyumbang," katanya.
BACA: Digelar Dajal & Makan Duit Haram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza
Selain mahu Nadir tampil membuktikan mengenai RM20 juta sumbangan rakyat Malaysia dalam usaha membantu rakyat negara yang bergolak itu, beliau juga menegaskan tidak tahu mengenai syarikat Hala seperti yang didakwa.
Namun, Ebit tidak menafikan masuk ke Gaza dengan membayar sejumlah bayaran yang semuanya menggunakan duit poket sendiri.
Apalagi Nadir juga menuduh pihaknya membayar harga yang tinggi kepada syarikat Hala untuk masuk ke Gaza sehingga menyukarkan NGO atau organisasi lain di seluruh dunia untuk berada di negara itu pada masa hadapan.
"Sejujurnya, saya tak tahu menahu tentang syarikat Hala seperti yang disebutkan.
"Kami masuk ke Gaza dengan khidmat syarikat Lucky Tour yang mengenakan harga yang lebih murah berbanding Mile Of Smiles. Nadir pernah menyebut satu-satunya cara untuk masuk ke Gaza adalah melalui Mile Of Smiles, tetapi setelah kami membuat pertanyaan, syarikat itu mengenakan harga A$10,000 (sekitar RM50,000) setiap orang.
"Disebabkan mahal, kami memilih syarikat Lucky Tour yang hanya mengenakan bayaran sebanyak A$2,500 (RM10,000) setiap orang.
Sementara itu, mengenai barangan bantuan yang dibeli pihak Ebit di Kaherah, Mesir juga telah tiba di Gaza pada Hari Raya Aidiladha pertama.
Kata Ebit, perkara itu dapat dibuktikan menerusi video yang dikongsi oleh kerajaan Mesir.
Beliau berharap dengan pencerahan yang dibuat, Nadir akan tampil menjelaskan mengenai dakwaan dakwaan yang dibuat menerusi penulisannya sehingga tular dan mempengaruhi segelintir masyarakat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live