Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

Gempak
07/09/2024 03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.

Sebelum itu, lelaki yang tidak dinamakan itu berasa ada sesuatu merayap di bahagian hidung sebelum masuk ke dalam kerongkong semasa dia tidur.

“Saya cuba batuk untuk mengeluarkan ‘objek’ itu tetapi tiada apa-apa keluar, menyebabkan saya tidur semula,” katanya.

Namun, dia mendapati nafasnya mula berbau busuk dan mengalami batuk kahak berwarna kuning tiga hari kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ladang Lipas’ Terbesar Di Dunia Ini Ternak Lebih 6 Bilion Ekor Untuk Dibuat Ubat!

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Aroma Paling Ditakuti Lipas Di Rumah, No. 3 Tu Ada Belakang Rumah Je!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Dedah Neelofa Takut Lipas

Pesakit kemudian pergi ke sebuah hospital tempatan untuk berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak(ENT).

Menurut pakar yang dikenali sebagai Lin, pemeriksaan imbasan menunjukkan ada objek asing bersayap dalam tenggoroknya.

“Semasa pembedahan, saya jelas melihat terdapat sesuatu ‘bersayap’ di dalam bronkus dan diselaputi kahak. ‘Objek’ itu ialah seekor lipas,” kata Lin.

Lelaki itu pulih selepas pembedahan dan dibenarkan pulang keesokan harinya.

Sumber: Kosmo

#Doktor #Lipas #Mulut Berbau