Selepas Miss K buat ‘havoc’ mengatakan pelakon Uqasha Senrose dan Hefny Sahad sedang menjalin hubungan cinta, kedua-kedua mereka telah menafikan perkara tersebut.

Hari ini menerusi Berita Harian Online dan Harian Metro, kedua-kedua mereka memberitahu sedang rapat dan masih dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing.

Kedua-dua mereka turut memberikan kenyataan tidak mahu dianggap mencari publisiti tentang ‘kisah cinta’ tersebut.

Lebih menarik lagi, Uqasha dan Hefny turut mengeluarkan satu lagi kenyataan yang sama iaitu:

"Saya juga ada 'deria keenam' yang mampu melihat Uqasha sebagai wanita dengan ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri," – Hefny

“Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari.” – Uqasha


Bagaimanapun HEfny memberitahu kepada media, dia akan berkongsi dengan umum sekiranya ada berita baik membabitkan mereka berdua.

Khabar angin tentang pasangan ini sedang bercinta mula tercetus selepas mereka sering berbalas komen di laman sosial.

Uqasha juga sering meninggalkan komen berbaur cemburu terhadap Hefny apabila jejaka itu bergambar rapat dengan wanita lain, namun telah memadamkannya.

Sebelum ini, Uqasha dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang kerabat diraja Pahang dikenali sebagai Tengku Bakar.

Namun, sehingga hari ini Uqasha enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.