gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
VIRAL
Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48, Sarung Adibusana RM151,100 & Dihadiahkan Motorhome - "Suami Nak Hadiahkan Private Yatch Tapi Saya ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Nafi Kahwin Tahun Ini, Syafiq Kyle & Mimi Lana Rancang Kahwin

Gempak
Gempak
24/09/2022
10:55 MYT
Sponsor Banner
Nafi Kahwin Tahun Ini, Syafiq Kyle & Mimi Lana Rancang Kahwin
Aktor kacak Syafiq Kyle menafikan desas-desus bakal berkahwin dengan kekasih Mimi Lana pada penghujung tahun ini.
Memetik laporan BH Online, Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata dia sendiri belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinan seperti dakwaan sesetengah pihak.
"Macam mana nak nikah hujung tahun jika tiada persiapan? Saya belum 'booking' tok kadi untuk majlis akad nikah," katanya sambil ketawa kepada BH Online.
Bagaimanapun, kata Syafiq, dia ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27.
"Jika ikutkan, saya sudah bersedia berumahtangga pada usia mencecah 30, tahun ini.
"Mungkin tiada majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan buat perkara wajib seperti dituntut agama," katanya.
Dalam pada itu, Syafiq dan keluarganya masib belum memutuskan tarikh yang sesuai untuk ke jinjang pelamin.
"Kami belum tetap tarikh disebabkan perlu menyelesaikan komitmen kerjaya seni terlebih dahulu.
"Insya-Allah, saya tidak akan berahsia apabila sudah dapat tarikh tetap nanti," katanya lagi.
Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei tahun 2020 selepas tujuh tahun melayari bahtera cinta.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
#Syafiq Kyle
#Mimi Lana
#Syafiq kahwin Mimi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement