Finalis Hero Remaja, Umar akui tentang kemungkinan dia berhadapan dengan kritikan dari segelintir pihak apabila sudah aktif dalam dunia hiburan suatu hari nanti.

Bagi Umar, dia harus sentiasa menjaga tingkah laku untuk mengelakkan perkara sebegitu menimpa dirinya.

"Saya tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan, mungkin akan ada hari saya dikritik dan tidak disukai oleh segelintir pihak.

"Apa yang boleh saya katakan, saya harus jaga tingkah laku dan pergaulan dengan orang sekeliling, kerana merekalah yang diperlukan untuk saya berkongsi masalah.

Tambah Umar, dia harus bersedia untuk berhadapan detik sukar dalam kerjaya, dan pada masa yang sama, mahu elakkan diri daripada kontroversi.

"Mahu atau tidak, saya kena bersedia untuk perkara sebegitu, saya akan cuba elakkan diri daripada melakukan masalah kerana saya tak mahu kontroversi," tambahnya.

Di pentas akhir Hero Remaja 2020 Khamis minggu lalu, Umar telah menyandang tempat kedua sementara Nadhir merangkul gelaran juara.

Tempat ketiga hingga kelima pula masing-masing jatuh kepada Merqeen, Jabir dan Haziq.