Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri terkenang memori sewaktu membesarkan Humairah ketika masih bergelar pelajar.

Menurut Shuhada, dia mengambil keputusan untuk menjaga Humairah secara bergilir-gilir bersama rakannya sekiranya mempunyai kelas di waktu pagi.

Namun kongsi Shuhada lagi, ada ketikanya dia juga akan membawa Humairah ke kelasnya.

“Tak tahu nak luah macam mana susah payah jaga Humairah semasa dia kecil dahulu. Bergilir jaga Humairah dengan @NRULSOFIA sebab nak menghadiri kelas.

“Kalau ibu kelas pukul 8 pagi, hantar Humairah dekat INTEC suruh Miya jaga sekejap. Habis kelas terus pecut ambil Humairah sebab pukul 10 pagi Miya pula kelas.

“Kadang-kadang angkut juga Humairah pergi kelas, @zafira_zulkifili pegang kejap kalau kena present dekat depan,” kongsinya.


Selain itu, Shuhada juga turut terkenang kenangan ketika Humairah masih lagi di dalam kandungan.

“Masa mengandungkan dia dulu, saya naik kancil manual pergi kelas. Naik tangga sebab ibu tak boleh bau orang ramai dalam lif nanti nak muntah,” coretnya di ruangan Insta Story.

Bagaimanpun tiada apa yang diharapkan Shuhada melainkan Humairah membesar dengan baik dalam jagaannya.

“Sekarang dah besar dah dia. Allah pilih dia untuk lalui semua ni pula. Ibu pasti dah ni, hidup Humairah di depan nanti mesti lancar je. Percayalah, Allah Maha baik,” tulisnya.

BACA: Tanpa Suami, Shuhada Tetap Kuat! Beraya Dengan Anak-Anak, Siap Kongsi Foto Ultrasound Baby Ketiga

Terdahulu, Shuhada memaklumkan dia mendapati dirinya kini sedang hamil 10 minggu dan berkongsi khabar terbabit ketika menghadiri prosiding di mahkamah.

BACA: Berdepan Tekanan, Shuhada Dedah Kini Hamil 10 Minggu - "Hari Ni Menangis Seharian, Pengsan Di Hospital"

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.