Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 6,148 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,448,372.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa sedikit bimbang apabila melihat peningkatan yang agak ketara sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Semoga kes tidak naik mencanak semula sehingga menyebabkan sempadan tidak dibuka” tulis seorang wargamaya.

“Minggu lalu naik sehingga 632. Tetapi, membandingkan dengan semalam, hanya naik setakat 422 kes. Kenaikan dilihat melebihi 55 peratus.

“KKM juga menyasarkan jangkaan kes harian untuk 25 hingga 29 Oktober adalah 7,476 kes. Tetapi selama tiga hari ini, ia tersasar daripada target,” seorang lagi netizen menyatakan pendapat.

Kredit foto: Mufid Majnun (Unsplash)

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!