Hiburan

“Naik Turun Bukit, Bangun Nak Shishi Tengok…” Mia Ahmad Ikhtiar Bersalin Normal, Hasilnya…

gempak
Mya Amri
06/07/2020
04:18 MYT
Sponsor Banner
“Naik Turun Bukit, Bangun Nak Shishi Tengok…” Mia Ahmad Ikhtiar Bersalin Normal, Hasilnya…
Pelakon Mia Ahmad berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya, Irish pada 18 Jun lalu.
Pengalaman itu dikongsi Mia menerusi coretan terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Mia, dia berasa takut untuk bersalin secara pembedahan selapas doktor memberitahu kondisi anak dalam kandungannya. Entri itu turut disertakan dengan video pendek Mia sedang melakukan aktiviti fizikal iaitu berjalan-jalan.
“Hari pertama sebelum bersalinkan Irish. Doktor cakap kepala baby masih jauh. Takut kena c-sect, aaaa tak nak lah sebab Issa dulu bersalin normal kan.
“Jadi esok paginya Mia jalan satu taman dan turun naik bukit, semua orang tengok mak buyung gigih dengan perut besar beriadah. Jam 2 pagi bangun nak shishi tengok dah bloody show tapi tak ada rasa sakit kontraksi.
“Alhamdulillah. Allah permudahkan. Si kecil kami Iris selamat dilahirkan pada 18 Jun 2020, 5.10 pm secara normal. Terima kasih atas doa anda semua,” tulisnya.
Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Saksikan drama lakonan Mia Ahmad di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live