Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Naiklah Banyak Mana Nak Naik” - Memey Suhaiza Tak Risau Berat Badan Bertambah

Mya Amri 25/02/2018 | 10:39 MYT
Pelakon Memey Suhaiza akui tidak bimbang tentang penambahan berat badannya ketika hamil.
Sebaliknya kata Memey, itu merupakan tanda anaknya sedang membesar dengan sihat.
“Hari ini dapat tengok baby. Timbang tadi berat mummy naik 3 kg dalam tempoh sebulan.
“Waktu paling tak risau berat bertambah adalah masa mengandung.
“Naiklah banyak mana nak naik. Sebab mummy tahu anak mummy tengah membesar.
“Lepas tu pandai-pandailah mummy nak maintain balik,” tulisnya di Instagram (IG) sebentar tadi.
Selain itu, isteri kepada aktor Norman Hakim ini juga berkongsi foto ‘ultrasound’ anak ketiganya itu.
Memey juga mengucapkan rasa syukur kerana bayinya berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, semuanya sihat. Dr. Zarina kata baby malu-malu nak tunjuk jantina lagi. Hehehe
“I love you sayang mummy papa #normey3rdjr,” tulisnya.

Hari ni dpt tgk baby? Timbang tadi berat mummy naik 3 kg dlm tempoh sebulan.. Waktu paling tak risau berat bertambah adlh masa mengandung.. Naik lah byk mana nak naik.. Sbb mummy tau anak mummy tgh mmbesar? Nnt lps tu pandai2 lah mummy nak maintain balik.. Alhamdulilah semuanya sihat❤️ Dr.Zarina kata baby malu2 nak tunjuk jantina lg ..hehe.. I love u sayang mummy papa? . . #normey3rdjr

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Foto: Instagram @memeysuhaiza
#pelakon #Anak #Pelakon #Memey Suhaiza
;