Hiburan

Naim Daniel Cabar Diri Main Dua Karakter Yang Berbeza Di Dalam Naskhah I.D

Umirah Halim
09/02/2024
13:00 MYT
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel mengakui tugas memegang dua watak berbeza dalam drama siri premium terbaharu, Astro Originals, I.D yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini sebagai satu hal yang agak sukar dan mencabar dirinya sebagai anak seni sepanjang karier lakonannya.
“Sebelum ini saya dapat watak-watak sampingan awam, tapi untuk kali ini saya dapat memegang watak utama dan karakter yang akan dipersembahkan juga ada dua karakter yang berbeza jadi ia merupakan satu benda yang agak mencabar.
“Jadi untuk I.D ini, ini kali pertama saya membawa watak yang agak matang.
“Sebab sebelum ini di Projek High Council saya rasa watak itu benda yang seronok untuk saya buat, jadi untuk kali ini ia lebih memberi pengalaman kepada saya sepanjang perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Sebab sewaktu saya belajar mendalami karakter itu, karakter tersebut mengajar saya balik tentang bagaimana saya melihat dunia jadi ia mematangkan saya juga,” katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: Drama I.D, Angkat Isu Jenayah Siber, Bakal Tayang 23 Februari Ini!

Sekadar info, sebelum ini Naim telah berjaya meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam sebuah anugerah berprestij Contest Asia Awards menerusi drama Projek High Council.
Siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan I.D bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium hasil karya daripada pengarah Projek Anchor SPM, Razaisyam Rashid, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis I.D
I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman.
Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Poster Karakter Siri Originals Terbaharu Astro, X-Change Dilancarkan!

gempak
03/07/2024
11:06 MYT
Selepas trailer siri X-Change dilancarkan, hari ini poster karakter mula dikeluarkan buat peminat-peminat siri Astro Originals sebelum Malam Gala dan Sidang Media  yang akan berlangsung pada 3 Julai ini di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Hiburan

Naim Daniel Tak Backup Rakan Selebriti, Dedah Sebab Kenapa Padam Hantaran Di X

gempak
23/05/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Naim Daniel menafikan dakwaan mempertahankan rakan selebriti seperti yang didakwa oleh segelintir pihak susulan kecoh isu Gerakan Blockout 2024 sebelum ini.
Hiburan

Ugutan Bunuh, Naim Daniel Buat Laporan Polis Demi Keselamatan Keluarga & Beri Pengajaran

gempak
22/05/2024
02:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tampil mengulas isu mengambil tindakan undang-undang susulan telah menerima komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya.
Terkini

“Tiada Cadangan Tarik Report” - Naim Daniel

gempak
19/05/2024
02:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya telah ditahan baru-baru ini.
Hiburan

Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif

gempak
15/05/2024
03:55 MYT
Penyanyi, Naim Daniel menerima pelbagai komen berbaur negatif daripada warganet susulan pernah menasihati pengguna agar tidak keterlaluan dalam memboikot artis yang terkait dengan jenama pro-Israel.