,
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

Amri Hassan
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Haliza menerima sebuah kereta mewah jenis BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta.
Selain itu, Haliza juga menerima sekalung tasbih emas 916 yang ditempah khas berharga RM30,000.
"Tak.. Saya tak tahu. Terima kasih banyak suami," katanya ketika diraikan di sebuah hotel mewah di ibukota Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: "Kawan Sendiri Pun Mengata Saya Perasan Artis Buh Gambar Sendiri Sampul Raya" - Jutawan Tudung Bawal

BERITA TRENDING: Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”

BERITA TRENDING: Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Sambut Menantu Sulung, Gaun Pengantin Saja Dah Cecah RM300,000!

BERITA TRENDING: "Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan 83,900 Kristal Swarovski

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram, Haliza mengharapkan lebih banyak hal yang indah pada usia baharu.
"Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
"Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti di tahun hadapan diberikan kemudahan.
"Saya cintakan diri saya. Saya bangga dengan diri saya," tambahnya.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di The St. Regis Kuala Lumpur pada malam Isnin itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Antara rakan selebriti yang hadir adalah Datin Seri Umie Aida dan Ifa Raziah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Berita

Arab Saudi Bina Kereta Kabel Ke Gua Hira, Mula Operasi Tahun Depan

gempak
03/09/2024
15:59 MYT
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka beroperasi pada tahun depan.
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
01/09/2024
14:00 MYT
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.