Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal bermula esok sedikit sebanyak pastinya menimbulkan kekeliruan bagi sesetengah pihak.

Antara yang banyak menjadi tanda tanya di media sosial termasuklah kebenaran untuk mengadakan majlis kahwin, majlis tahlil dan perhimpunan sosial.

Bagi menjawab persoalan itu, laman Twitter Jabatan Perdana Menteri tampil memberi sedikit penerangan menegani isu tersebut.

Menurut Jabatan berkenaan, kesemua majlis adalah tidak dibenarkan kerana ia merupakan suatu perhimpunan sosial.

Jelasnya, peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH.

Anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.



Untuk rekod, dalam satu pengumuman semalam juga, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jelas memberitahu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan merangkumi perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!