Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Nak Buat Senang, Maintain Tu Yang Susah” - Ikmal Amry Setuju, Mahu Kekal Berbadan Sasa Perlu Diet Yang Konsisten

Mya Amri 26/12/2024 | 00:55 MYT

Pelakon dan juga bintang program realiti Who’s Your Bro, Ikmal Amry mengakui tidak mudah untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang sasa.

Tak mudah kekalkan badan sasa

Menurut Ikmal, konsistensi dan semangat yang kuat adalah dua perkara penting dalam mengekalkan bentuk badan.

“Nak buat badan senang, dalam masa dua tiga bulan pun boleh tapi untuk kekalkan itu adalah benda yang paling susah.

“Sebab bila dalam bidang buat badan atau fitnes, konsisten adalah kuncinya. Bila lagi lama amda konsisten, lagi bagus.

“Sebab pada saya nak konsisten itu sangat susah, lagi-lagi bila kita off diet. Makan dua tiga hari pun dah boleh nampak, memang konsisten tu susah,” katanya kepada Gempak.

Minat aktiviti kecergasan selepas tamat belajar

Mengulas mengenai penjagaan tubuh, Ikmal berkata dia mula meminati aktiviti kecergasan selepas tamat belajar.

“Saya mula sedar yang saya minat fitness masa habis belajar, kita tengok diri kita sendiri dekat depan cermin.

“Untuk saya bila tak ada fitnes banyak benda yang kita terhad untuk lakukan, jadi bila terhad banyak yang kita terlepas.

“Pada saya itu sangat merugikan jadi pilihan yang terbaik adalah untuk menjadi fit dan dapat buat semua benda, enjoy dengan apa yang kita buat,” kata nya.

Saksikan Maskulin Who’s Your Bro di saluran Astro Ria bermula, setiap Jumaat jam 9 malam.

ARTIKEL BERKAITAN:Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

ARTIKEL BERKAITAN:Geng Challo Run Tayang Badan, Ikmal Amry; "Itu Pencapaian Hebat, Tak Mudah Nak Dapat ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]: “Tak Terima Tindakan Aku Lakukan” - Ikmal Amry Kongsi Detik Cemas, Selamatkan Anak & Isteri Ketika Kemalangan

#Sado #Ikmal Amry #Kecergasan #Badan Sasa #Fitnes #Whos Your Bro
;