Penyanyi kumpulan duo Billy Zulkarnain, Nine atau nama sebenarnya, Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri berang apabila terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka ketika musim jerebu.

Kata Nine, mereka tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas kesusahan orang yang memerlukan topeng muka tersebut.

“Ni nak habaq sikit kat pharmacy yang berkenaan, kalau jual mask tu biarlah berpatutan sikit harga...

"Proper mask untuk haze macam ni harga dalam RM5 - RM6 macam tu kira logic lah... Ini ada saya tengok yg jual sampai RM18 - RM20++ just for a single mask!

“For heaven sake! Janganlah take advantage atas kesusahan orang. Mask yang bukan untuk haze pun diorang jual sampai RM6 - RM8 macam tu... Dahlah bukan untuk haze pulak tu,” tulisnya.

Bintang Gegar Vaganza musim kelima itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram mililknya.

Tambahnya lagi, peniaga berkenaan tidak patut melakukan begitu kerana tidak semua orang mampu.

“Be sensible lah... RM20 might be a spare change to you... But to some means a few days meal.

“Nak buat untung pun biarlah dengan cara yang bijak... Bukan cara memijak... Barakallaah... Wassalaamm...,” katanya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Malah ada segelintir pengikutnya juga turut terkena perkara yang sama.

Assalaamualaikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh... Ni nak habaq sikit kat pharmacy2 yg berkenaan... Kalau jual mask tu biar lah berpatutan sikit harga... Proper mask untuk haze mcm ni harga dalam rm5 - rm6 mcm tu kita logic lah... Ini ada saya tengok yg juai sampai rm18 - rm20++ just for a single mask! For heaven sake! Jangan la take advantage atas kesusahan orang. Mask yg bukan untuk haze pun diorang jual sampai rm6-rm8 mcm tu... Dah la bukan untuk haze pulak tuuu... Be sensible lah... RM20 might be a spare change to you... But to some means a few days meal. Nak buat untung pun biar la dengan cara yg bijak... Bukan cara memijak... Barakallaah... Wassalaamm...

A post shared by Mior Zulkarnain Zamhuri (@nine.mike) on