Setiap kali ingin menukar telefon bimbit baru, antara ciri-ciri utama yang difikirkan sudah tentu mengenai kualiti foto dan video selain tahan lasak.

Reka bentuk juga memainkan peranan penting dalam pemilihan peranti. Mestilah nak nampak up to date kan…Barulah ngam!

Jangan pening kepala kerana Samsung kini memperkenalkan Galaxy S22 dan S22+, dua peranti mercu baharu yang bakal menzahirkan ekspresi jati diri pengguna dengan penuh kreatif.

Kenapa Galaxy S22 dan S22+ patut jadi pilihan:

#1 Reka bentuk anggun dan bergaya

Ia turut memaparkan kamera dinamik yang diperkasa dengan pemproses imej pintar terkini. Dengan ini, Galaxy S22 dan S22+ bukan sahaja indah dipandang malah mampu menjamin pengalaman pengguna yang mengagumkan.

#2 Kuasai Kegelapan Malam dengan Kamera Pintar Samsung yang Terkini

Galaxy S22 dan S22+ kedua-duanya mempunyai sensor kamera utama gabungan 50MP (utama), 10MP (telefoto) dan 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalamsuasana pencahayaan yang rendah.

Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’: yang merangkumi penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+

Teknologi Adaptive Pixel: membolehkan kamera anda merakam gambar yang kaya dengan butiran halus dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan sewaktu bergambar.

#3 Kualiti video dipertingkatkan dengan Auto Framing
Fokus kamera diselaras secara automatik bagi rakaman secara berkumpulan sehingga ke 10 orang. Kedua-dua peranti tersebut juga disokong teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilisation) yang mengurangkan gegaran ketika kamera digunakan.

#4 Teknologi AI terbaharu, AI Stereo Depth Map
Teknologi ini cukup berkesan, terutama sekali semasa penggambaran dalam mod portret, baik untuk gambar bersubjek orang mahupun gambar haiwan perliharaan kesayangan anda. Berkat algoritma AI yang canggih ini, segala butiran yang betapa halus pun, seperti susunan bulu si comel anda, akan jelas terpapar dengan penuh terperinci.

#5 Pemproses 4nm
Tingkatkan Kehidupan Seharian Dengan Penuh Kecemerlangan
Galaxy S22 dan S22+ didukung pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan penstriman dan produktiviti anda.

Lebih-lebih lagi, kecekapan kuasa peranti turut dipertingkatkan menerusi analisis tingkah laku secara automatik lantas melancarkan pengalaman pengguna dengan ketara.

#6 Bateri lebih lasak, lebih tahan lama

Galaxy S22 disiapkan dengan bateri lasak sepanjang hari bersertakan kebolehan pengecasan pantas 25W.

Galaxy S22+ pula menampilkan bateri yang mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas. Galaxy S22+ juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W, jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk memenuhkan semula kuasa yang hampir habis.

#7 Tonton rancangan kegemaran dengan paparan Dynamic AMOLED 2X
Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan paparan Dynamic AMOLED 2X yang menawarkan prestasi visual tertinggi.

Kedua-dua paparan 6.1-inci premium Galaxy S22 dan 6.6-inci Galaxy S22+ terbina dengan teknologi Vision Booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran.

Selain itu, peningkatan prestasi perkakasan juga meningkatkan kecerahan paparan S22 megah dengan kecerahan puncak 1,300nits manakala S22+ menampilkan puncak 1,750nits.

#8 Google Duo

Anda juga boleh menikmati perkongsian kandungan secara langsung melalui Google Duo. Jarak jauh tidak lagi menjadi halangan untuk berkerjasama bersama rakan – kini anda boleh berkongsi foto dalam Galeri atau saling bertukaran catitan nota dengan rakan sekerja di Samsung Notes secara langsung.

#9 Sempurna direka, lasak dibina
Galaxy S22 dan S22+ menampilkan reka bentuk Contour-Cut yang ikonik dan digemari ramai dimana bahagian kamera disepadukan dengan bingkai peranti.

Skrin paparan rata ini juga dilengkapi dengan kemasan ‘haze finishing’ mewah yang membawa penampilan peranti yang moden, bergaya dan anggun.

Selain itu, perumah kamera siri S juga dipadankan dengan warna badan peranti dengan bingkai logam yang tipis dan bersimetri. Samsung Galaxy S22 dan S22+ tersedia dalam warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold.

Galaxy S22 dan S22+ juga merupakan salah satu peranti siri S binaan Samsung yang paling berdaya tahan.

Dengan menggabungkan binaan daripada Armor Aluminium sebagai bingkai peranti bersertakan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ baharu di bahagian hadapan dan belakang, Galaxy S22 dan S22+ menawarkan penggunaan lasak yang lebih tahan retak dan tahan calar berbanding peranti yang sebelumnya.

#10 Galaxy for the planet

Siri Galaxy S22 merupakan langkah pertama Samsung dalam mempelopori teknologi mudah alih di samping mendukung pembangunan mampan. Sebahagian daripada peranti Galaxy S22 – misalnya bahagian key bracket – mengandungi 20% bahan plastik yang dikitar semula daripada jala ikan yang terdampar di laut.

Bahan kitar semula pasca pengguna yang lain juga digunakan untuk membina modul pembesar suara dan bahagian dalam butang laras audio dan butang kuasa peranti anda.

Kemasan pembungkus Galaxy S22, termasuk kotak dan filem pelindung telefon, diperbuat sepenuhnya daripada kertas dan plastik buangan yang dikitar semula. Setiap sarung telefon14 juga diperbuat daripada bahan mesra alam seperti plastik pasca-pengguna ataupun bahan berasakan biologi yang diiktiraf oleh organisasi UL.

#11 Perlindungan sekuriti yang menyeluruh
Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitif anda - seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain.

Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI.

Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda.

#12 Kekal Terhubung dengan Galaxy Ecosystem
Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8– termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berketersambungan.

Dapatkan Galaxy S22 dan Galaxy S22+ menerusi samsung.com/my, syarikat rangkaian telekomunikasi utama dan pengedar dalam talian. Pilihan warna dan memori bagi kedua-dua peranti tersebut adalah seperti berikut:

Galaxy S22/22+: Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold untuk model 128GB dan 256GB dengan 8GB RAM

Dapatkan peranti Galaxy S22 Series anda sekarang di:
Galaxy S22 Ultra 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/ atau Galaxy S22 | S22+ 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/