Hiburan
“Nak Fasih Bahasa Apa Pun, Bahasa Sendiri Jangan Ketepikan” – Zahiril Adzim & Isteri Bangga Anak Dah Boleh Cakap Melayu
Isteri pelakon Zahiril Adzim, Shera Aiyob akui bangga apabila anak lelakinya, Nadi Anaqi kini sudah boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Shera berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.
Menurut Shera, sebelum ini Anaqi kurang fasih berbahasa Melayu mungkin disebabkan faktor persekitaran sekolah dan juga rakan-rakannya
“Anaqi: Mommy, Anaqi nak buat sand art tu sekarang boleh tak?
“Mommy: Sekarang ni Mommy ada kerja sikit. Lepas lunch kita buat together okay, baru best! (Eceh Mommy risau bersepah lah tu)
“Anaqi: It’s okay Mommy, Anaqi tahu nak buat apa. Letak mat dulu so that tak kotor and lepas tu Anaqi kemas. (Tahu-tahu pula dia kan bahahaha!).
“Daddy: Anaqi, why are you speaking in bahasa? (Daddy saja nak test Anaqi nak tengok apa dia jawab)
“Anaqi: Because i’m a malay (Malaysian) boy, Daddy! (Hah Daddy!)
“Tak dinafikan Anaqi dari kecil memang tak pandai sangat cakap Melayu. Mungkin disebabkan environment, tv, sekolah dan kawan-kawan.
“Mula-mula dulu dengar dia cakap Melayu memang pelat habis. Membaca pun sama. Tapi sekarang makin lancar dan mommy daddy happy sangat bila cikgu sekolah dia puji bacaan bahasa Melayu dan Inggeris Anaqi bagus.
“Nak fasih bahasa apa sekali pun, bahasa kita sendiri jangan kita ketepikan. Okay sekarang Anaqi dah boleh sebut ikan kembung. Bukan ikan ‘khembung’” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut memuji cara Shera mendidik anaknya.
“Good job Anaqi, good job mummy and daddy, bahasa Melayu kita jangan tolak ke tepi,” komen @amiraariff94
“Good Job Anaqi,” tulis @idham_nazri
Terdahulu, Shera dan Zahiril telah berkahwin pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi, 5.