Berita
"Nak Hidang Makan Pun Macam Bagi Sedekah" - Raja Ilya Berang Dengan Syarikat Penerbangan!
Pelakon Raja Ilya memuat naik satu status di Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkhidmatan daripada sebuah syarikat penerbangan.
Menurut Ilya, 34, dia terpaksa berkongsi hal tersebut di media sosial selepas segala usaha untuk mendapatkan penjelasan dan maklum balas mengenai masalah yang dihadapi menemui jalan buntu.
"Terlalu banyak kali bersabar. Ilya pun kerja airline juga sebelum ini. Jadi krew kabin gak, tapi tak pernah sekali pun layan penumpang macam segelintir daripada mereka ini.
"Hari ini, rasa lebih-lebih pula, email aduan pun tak jalan, buat panggilan untuk aduan pun tak ambil peduli, jadi macam mana kami nak sampaikan aduan ke pihak yang kena ambil tahu?" katanya.
Pada masa sama, Ilya turut berkongsi pengalaman buruk yang dilaluinya sewaktu menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.
"Bukan sekali kena, banyak kali! Sampai beg penumpang ditinggalkan kat KLIA tanpa beritahu apa-apa, sampai kat Perth kata tak masukkan bagasi kerana lebih muatan.
"Bila naik pesawat sebahagian krew kabin layan dan sembang dengan penumpang macam musuh negara, nak hidang makan pun macam bagi sedekah," katanya yang kecewa
Perkongsian Ilya itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya yang pernah berdepan masalah sama.
"Sekarang, harap-harap pihak atasan nampak kami ni.. sebab email, panggilan tak layan..terpaksa lah guna cara ni.
"Ini luahan hati seorang penumpang and bekas krew kabin pada airline ini. Harap ambil tindakan. Tolong laa..," pintanya.
Ilya berkahwin dengan jejaka Australia, Trent Garret, 38, pada 23 Disember tahun lalu.