Hiburan

“Nak Jadi Menantu Saya Kena Pandai Buat Kerabu Daging Mentah Ni” – Raja Azura

gempak
Fiza Kamarudin
13/08/2019
08:34 MYT
Sponsor Banner
“Nak Jadi Menantu Saya Kena Pandai Buat Kerabu Daging Mentah Ni” – Raja Azura
Pengacara dan pelakon, Raja Azura telah meletakkan syarat kepada anak-anak gadis yang ingin menjadi menantunya.
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun sosial Instagram (IG)nya, Raja Azura atau lebih popular dengan nama Kak Engku memberitahu bakal menantunya perlu tahu menyediakan hidangan kerabu daging mentah.
Kak Engku telah memuat naik video salah seorang anak terunanya menyediakan hidangan popular Aidiladha negeri, Kedah.
“Siapa nak kahwin dengan saya, kena pandai buat resipi daging mentah,” kata Kak Engku merujuk kepada anaknya itu.
Di ruangan komen ramai pengikut yang tidak tahu mengenai hidangan tersebut malah berasa pelik kerana daging tidak dimasak terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan semua, kerabu daging mentah ini sangat popular di Kedah dan selalunya akan dihidangkan pada hari raya Qurban atau kenduri kahwin.
Ada juga yang memanggilnya sebagai ‘lawa daging’.
Ya, untuk membuat ‘lawa daging’ ini, daging lembu tidak perlu dimasak menggunakan api kerana ia akan masak dengan sendiri selepas dicampur rempah dan herba yang panas seperti serai, lengkuas, halia, cili api, lada hitam, air asam limau nipis, kerisik atau beras digoreng dan bawang merah.
Daging lembu mentah tadi pula hanya diambil pada bahagian-bahagian tertentu sahaja iaitu bahagian yang lembut dan tidak mempunyai urat.
Kemudian, cincang daging lembu dan bersihkan betul-betul sebelum digaul sebati dengan rempah-rempahnya.
Sedap tau! Tak percaya? Cubalah! Nak ikut resipi Kak Engku pun boleh juga!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024