,
Hiburan

Nak Jadi Penyanyi? Serlahkan Kebolehan Nyanyian Menerusi Kugiran SINAR

Kamaruddin Razal
27/03/2018
12:10 MYT
Anda mempunyai bakat menjadi penyanyi dan minat mendalam dalam bidang muzik?
Radio SINAR membuka peluang untuk anda merealisasikan impian menjadi penggiat seni dan membuat persembahan secara langsung di khalayak ramai melalui kempen Kugiran SINAR.
Kugiran SINAR akan memulakan penjelajahan ke tiga lokasi seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang dan Selangor pada 23 Mac untuk mencari bakat terpendam yang bakal diangkat sebagai juara dan berpeluang mempersembahkan bakat nyanyian dengan iringan pemuzik legenda tahun 90-an.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai kempen ini, anda perlu memuat naik sebuah video nyanyian tanpa muzik (unplugged) di laman sosial Instagram dengan hashtag #kugiranSINARIJMLAND.
Sepuluh peserta terpilih akan bertanding untuk gelaran juara dalam acara on-ground Kugiran SINAR bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000.
Menurut Pengurus Kandungan SINAR, Rasidah Khasim, idea ini tercetus setelah melihat sendiri bakat terpendam dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Setelah beberapa tahun kami membuat penjelajahan seperti ini, saya berani berkata bahawa rakyat Malaysia merupakan antara yang berbakat dalam aktiviti hiburan nyanyian ini. Ke mana sahaja kami pergi, pasti akan ada yang mengagumkan kami dengan alunan suara mereka.
"Oleh itu, Kugiran SINAR menggalakkan penyertaan secara dalam talian untuk kami saringkan kepada Top 10, dan dari situ kami ingin mengajak pendengar setia kami untuk bertemu kami di lokasi terpilih," katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, penyampai-penyampai SINAR seperti Jep, Rahim, Angah, SY, Adi, Abby dan Jamal akan turut memeriahkan penjelajahan ini.
SINAR turut mengadakan satu lagi kempen yang diberi nama ‘Silangkata SINAR’ yang bakal bermula 9 April nanti.
‘Silangkata SINAR’ yang diilhamkan oleh permainan latihan minda traditional itu akan menguji kepantasan cara pemikiran para pendengar untuk menjawab soalan dengan betul dalam masa yang ditetapkan.
Pendengar yang berjaya memberikan jawapan tepat berpeluang merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM16,000. Bagi setiap jawapan yang salah, wang terkumpul akan dibawakan ke segmen seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.sinar.my atau ikuti laman media sosial SINAR di Facebook, Twitter dan Instagram.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

gempak
11/10/2024
15:40 MYT
Menepati ramalan netizen, ahli politik dan penyampai radio, Khairy Jamaluddin berjaya meraih anugerah Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36).
Hiburan

Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records

gempak
30/09/2024
15:35 MYT
Stesen Astro Radio Bahasa Inggeris iaitu HITZ, MIX dan LITE melakar rekod baharu dalam Malaysia Book Records menerusi perlawanan Pickleball selama 26 jam tanpa henti di Dink2 @ Sunway Serene X-Park baru-baru ini.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
BorakSeeni