Hiburan

"Nak Kekalkan Nama Keluarga Suami" - Ini Jawapan Fara Hezel Bila Nama Anak Dikatakan Terlalu Panjang

gempak
Zulaikha Yusof
28/10/2020
05:20 MYT
Sponsor Banner
"Nak Kekalkan Nama Keluarga Suami" - Ini Jawapan Fara Hezel Bila Nama Anak Dikatakan Terlalu Panjang
Penyanyi Fara Hezel menyatakan suaminya, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang memilih nama untuk putera sulung mereka.
Menurut Fara, 24, keputusan itu dibuat kerana ingin mengekalkan nama keluarga suaminya.
"Nama tu suami saya yang pilih sebab nak mengekalkan nama keluarga.
"Bagi saya sendiri tiada masalah pun bila ada yang mengatakan nama itu terlalu panjang," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu, dia tidak memandang serius dengan isu yang diperkatakan dalam kalangan netizen.
"Saya tak layan sangat benda negatif ni, hanya ambil yang positif saja. Lagipun bukannya saya baca pun semua komen-komen itu," katanya lagi.
Sebelum ini, ada segelintir pengikut pelantun lagu Sukar Untukku tersebut beranggapan nama yang diberikan terlalu panjang.
"@suri_adrianaa: Panjangnya nama.
"@_aidaa.ad: Panjang lah nama anak dia sebab suami dia pun kerabat Terengganu. Lagipun anak dia suka hati dia lah.
"@bombayyy____: Panjang nama kesian nak sekolah esok.
"@_nasuhaamira._: Alhamdulillah. Nama pun panjang macam mana nak panggil nama si putera tu," antara komen-komen yang ditulis.
Fara mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra pada 18 Oktober lalu.
BACA: Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Nama Anak Lelaki Fara Hezel
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024