Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Nak Kena Jadi Ustaz Baru Ada Peri Kemanusiaan Ke?" - Que Haidar Berang Dikritik Netizen

ZULHILMI JALIL 27/11/2019 | 07:55 MYT
Pelakon Que Haidar menempelak netizen yang menyifatkan tindakannya menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan Syria di media sosial kononnya untuk menarik perhatian umum sahaja.
Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 40, menjelaskan perkongsian status dan entri yang dimuat naik di laman sosial adalah atas dasar keprihatinan dan sifat peri kemanusiaannya terhadap kesengsaraan rakyat di negara bergolak tersebut.
"Saya bercakap mengenai hak kemanusiaan.
"Nak kena jadi ustaz baru ada peri kemanusiaan ke? Manusia jenis apa anda ini?
"Ini bukanlah hal agama, ini berkaitan kemanusiaan. Sekurang-kurangnya, saya melakukan sesuatu untuk kita sama-sama berdoa dan bersedekah," tulisnya di Twitter.
Pelakon filem Castello itu berkata demikian sebagai menjawab kritikan netizen yang mempersoalkan tindakannya itu menerusi status di Twitter.
"Anda bukannya Islamik mana. Nak approval daripada netizen sahaja. Alih pandangan orang fokus gaya hidup ala barat anda," tulis netizen berkenaan.
Que kemudian berkongsi hal tersebut di Instagram dengan memuat naik gambar yang memaparkan status-status yang ditulisnya di Twitter.

Manusia yg mcm ni pun ada.. adoi!! @noor1_8732 you want attention I give one ?

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Bagaimanapun, ramai yang meminta Que untuk tidak mengendahkan individu tersebut.
"Ya Allah, teruknya netizen komen macam tu. Kejamnya. Betul Que, tak perlu jadi baik dulu nak tolong orang, atau tak perlu jadi kaya dulu baru nak sedekah. Sedih dengan netizen yang macam ni," tulis salah seorang pengikutnya.
Dalam pada itu, katanya dia berharap dengan perkongsian mengenai Palestin dan Syria di Instagram, sedikit sebanyak dapat membuka mata banyak pihak untuk membantu rakyat di sana.
"Post-post saya tentang apa yang jadi di Palestin dan Syria bukan untuk mengundang kebencian.
"Cukup sekadar kita boleh sama-sama mendoakan dan menderma agar mereka boleh membeli apa yang mereka perlukan seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan, Insya-Allah," jelasnya.
#pelakon #Que Haidar #Pelakon
;