Nak Kereta Tampil Cantik Raya Nanti? Tak Payah Belanja Mewah, Boleh Sendiri Di Rumah!
Gempak
24/03/2024 09:55 MYT
24/03/2024 09:55 MYT
Tidak hanya diri sendiri dan rumah, setiap kali tibanya raya, pasti ada dalam kalangan kita yang inginkan kenderaan yang dipandu turut kelihatan cantik, bersih dan kemas.
Namun, penjagaan kereta bukan sahaja mengambil masa yang lama, malah menelan belanja yang tinggi terutamanya jika anda membeli produk-produk pencuci dari jenama terkemuka.
Anda boleh menjimatkan masa dengan menghantar kereta anda ke kedai mencuci kereta (auto detailing), namun bersedialah untuk membayar harga yang tinggi.
Jadi di sini Gempak sediakan beberapa tips penjagaan yang mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan belanja yang besar. Apa yang menarik, tips-tips ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
Namun, penjagaan kereta bukan sahaja mengambil masa yang lama, malah menelan belanja yang tinggi terutamanya jika anda membeli produk-produk pencuci dari jenama terkemuka.
Anda boleh menjimatkan masa dengan menghantar kereta anda ke kedai mencuci kereta (auto detailing), namun bersedialah untuk membayar harga yang tinggi.
Jadi di sini Gempak sediakan beberapa tips penjagaan yang mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan belanja yang besar. Apa yang menarik, tips-tips ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
1. Menjaga upholsteri kulit
Anda boleh menyapu minyak zaitun pada permukaan kulit bagi menjadikan ia kekal berkilat dan mengelakkannya daripada merekah.
2. Mengilatkan lampu kereta
Adalah perkara biasa untuk lampu kereta menjadi pudar selepas beberapa tahun pemilikan. Untuk hilangkannya, sapu ubat gigi pada permukaan lampu untuk beberapa minit dan cuci dengan air setelah selesai.
3. Menghilangkan kesan calar
Selain menjadikan lampu lebih berkilat, ubat gigi juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan calar halus pada bahagian luaran kereta. Gunakan cara yang sama seperti di atas.
4. Membuang pelekat
Pelekat boleh dicabut dengan mudah namun selalunya kesan gam akan kekal pada permukaan. Apa yang anda boleh buat adalah membasahkan permukaan itu dengan cuka untuk beberapa minit sebelum mengikisnya.
5. Menghilangkan karat
Seperti yang anda mungkin tahu, Coca Cola boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai jenis kotoran dan karat tidak terkecuali. Lakukannya sebelum ia merebak ke bahagian-bahagian lain.
6. Hilangkan habuk di sudut-sudut sukar
‘Slime’ adalah bahan seperti gel yang digunakan untuk memerangkap habuk pada papan kekunci komputer. Sifatnya yang melekit menjadikan ia berguna untuk membersihkan celah-celah yang sukar dicapai di dalam kereta. Anda boleh menghasilkan ‘slime’ sendiri dengan mencampurkan sodium tetraborate (Borax) dengan air suam dan gam.
7. Membersihkan bulu haiwan peliharaan
Mereka yang biasa membawa haiwan peliharaan di dalam kereta pastinya berdepan dengan masalah bulu yang melekat pada tempat duduk. Ini boleh diatasi dengan membasahkan permukaan dengan air dan seterusnya menyapu semua bulu tersebut dengan bilah pembersih cermin.
8. Menjadikan upholsteri fabrik lebih berseri
Upholsteri fabrik lebih cepat memerangkap kotoran jika dibandingkan dengan kulit. Untuk membersihkannya, gunakan campuran amonia dan air dan berus pada permukaan sehingga kotoran itu hilang.
9. Mengilatkan tayar
Gunakan campuran serbuk penaik (baking soda) dan sabun pencuci pinggan pada permukaan tayar dan bersihkan dengan air. Tayar anda akan berkilat seola-olah anda baru keluar dari kedai cuci kereta.
BERITA TRENDING: Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”
BERITA TRENDING: Netizen Puji Tindakan Lelaki Tegur Pasangan Negara Jiran Guna RON95 Isi Minyak Kereta
#Balik Raya
#Hilangkan calar kereta
#Hilangkan karat kereta
#Kereta cantik
#Kereta raya
#Mengilatkan lampu kereta
#Mengilatkan tayar kereta