Baru-baru ini, tular di Platform X memaparkan tindakan seorang lelaki menegur pasangan daripada negara jiran yang menggunakan minyak subsidi yang dikhaskan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati apabila pasangan itu ‘dibenarkan’ mengisi minyak kenderaannya dengan RON95.

BERITA TRENDING: Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Pemuda 23 Tahun Temui Ajal Selepas Cabut Dua Batang Gigi

"Nombor pendaftaran kenderaan awak daripada Singapura, mana boleh guna minyak kuning, ini yang ada subsidi!" getus lelaki itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut serta mengkritik tindakan pasangan daripada negara jiran itu.

"Terbaik rakyat prihatin dan berani,"

"Bagus bang, lokasi stesen minyak tu pun patut diberitahu. Tak bertanggungjawab punya stesen minyak!"

"Bahasa Melayu pun tak faham ada hati mengaku orang Malaysia!"

Bagaimanapun, lokasi di mana kejadian itu berlaku tidak diberitahu.

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih hampir 400,000 ribu tontonan dan lebih 2,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X