Perkara itu dikongsi Ben menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ben, hadiah itu diberikan kepadanya ketika dia mahu melancarkan saluran YouTube miliknya.
"Nak lancarkan YouTube Channel tapi dapat iPhone pula, you guys memang awesome!" tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ben juga sempat menulis ucapan penghargaan buat para peminatnya.
"Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang dan sokongan yang diberikan, saya sangat hargainya, tak terkata apa-apa sejak semalam," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Ben tumpang gembira melihatnya menerima telefon pintar kesukaan ramai itu.