Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Nak Macam Orang Biasa Balik" - Nonny Nadirah Jadikan Artis Kerjaya Sambilan Saja, Tak Mahu 'Spotlight'

ZULHILMI JALIL 17/09/2020 | 04:41 MYT
Pelakon Nonny Nadirah memberitahu bahawa dia kini cuba untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa tanpa menjadi tumpuan ramai sebagai seorang artis.
Menurut Nonny, dia juga mahu menjadikan pekerjaan sebagai artis yang menjadi periuk nasinya selama ini hanya sekadar kerjaya sambilan sahaja.
"Orang sibuk terkejar mengejar nak jadi artis, aku sibuk nak ubah balik kehidupan aku tanpa spotlight tu.
"Nak jalani kehidupan macam orang biasa balik dan menjadikan pekerjaan tetap artis itu sebagai sambilan," katanya.
Perkara itu dikongsikan Nonny menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dengan izin Allah skrg aku nak tarik golongan2 muda ini utk bersama2 dgn aku, sama2 mencari, sama2 yg kurang pandai ni mendalami ilmu agama utk kita berjaya dunia & akhirat. CUKUP2LAH MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM YG SANGAT INDAH INI. Untuk permulaan sy nak bagi HADIAH TUDUNG SECARA PERCUMA utk 50 orang pertama yg join group telegram DiskusiCintaIslam bersama dgn sy. Jangan risau, kita bukan nak gi ceramah sorang2 tapi lebih kepada borak santai berlandaskan agama islam tentang apa masalah remaja masa kini. Mudah2an dgn asbab ini boleh membantu kita menjadi insan yg lebih baik lg dari sblm ini. Jumpa disana.? . . . Siapa yg nak join group #DiskusiCintaIslam boleh try click link ini ; https://t.me/diskusicintaislamnonnynadirah

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

Begitupun, katanya, dia tidak pernah akan terus meninggalkan minatnya dalam bidang seni.
"Aku minat dalam bidang muzik, serius wey minat ya amat. Sama dalam lakonan juga, cuma sudah bukan menjadi matlamat utama aku, tapi ya, aku masih ada dalam bidang ni," katanya.
Menurut Nonny lagi, sebolehnya, dia cuba mahu mengajak pengikutnya di media sosial menuju ke arah kebaikan.
"Cukup-cukuplah aku tarik korang berTikTok dengan aku dulu. Sekarang aku sendiri yang nak ubah dan nak didik pengikut aku untuk pilih mana yang baik untuk korang ikut.
"Sekurang-kurangnya nanti bila disoal di sana, ada jawapan ini 'Ya, si polan ada tolong ingatkan kami tentang hal itu, tentang hal ini'," coretnya.
Sebelum ini, Nonny mencuri tumpuan ramai dengan kisah penghijrahannya selepas pulang dari Tanah Suci pada tahun lalu.
BACA: "Sejuk Mata Memandang"- Netizen Teruja Dengan Penampilan Bertudung Nonny Nadirah
#Artis #Nonny Nadirah #Kerjaya
;