Aplikasi muzik bebas, JOOX mengajak orang ramai menyertai peraduan JOOX SuperRoom Challenge dan memenagi hadiah wang tunai!

JOOX SuperRoom Challenge juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menggunakan berkongsi pendapat atau berniaga menggunakan platform digital.

Sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 yang memberi kesan ramai individu, JOOX hadir dengan idea untuk membantu masyarakat dan pada masa sama mewujudkan persaingan sihat.

Lebih menarik, anda bukan sahaja berpeluang membuka ruang atau Rooms di JOOX Rooms sebagai hos, tetapi juga berpeluang menjana pendapatan dan memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.

Semua individu dipelawa untuk menyertai pertandingan ini termasuklah orang awam, Badan Bukan Kerajaan (NGO), selebriti, social media influencer dan juga peniaga atas talian.

Kesemua peserta perlu menggunakan platform JOOX ROOMS di aplikasi JOOX dan mengemudi sesi secara langsung selama sekurang-kurangnya satu jam.

JOOX akan membuat kiraan berdasarkan jumlah penonton yang aktif bermula dengan 100 penonton sehinggalah 2,000 penonton.

Kesemua individu yang ingin menyertai peraduan JOOX SuperRoom Challenge perlu memuat turun aplikasi JOOX dan menggunakan versi terbaru aplikasi ini di iOS dan Android.

Sesi pendaftaran untuk peraduan JOOX SuperRoom Challenge dibuka bermula pada 10 September hingga 17 September 2021 manakala tempoh peraduan akan berlangsung bermula 15 September hingga 26 September 2021.

Jadi, tunggu apa lagi? Gunakan kreativiti anda dan serlahkan bakat anda sebagai hos menerusi pelbagai topik menarik dan panas!

Borang pendaftaran dan syarat penyertaan boleh dirujuk menerusi link di bawah: https://docs.google.com/forms/d/e/ 1FAIpQLScAPNXn7Y0n4F42KLWVYIgkN7P_ETYfI2-yhw-Hm3D2u2G8RA/viewform

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai peraduan ini, sila emelkan ke [email protected] atau layari laman Facebook JOOXMY.