“Nak Mengeluh Pun Tak Guna, Sebab Behar Arkitek Rumah Sendiri” - Azhar Sulaiman
Gempak
09/06/2024 23:55 MYT
09/06/2024 23:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menzahirkan rasa kecewa terhadap rekaan rumahnya sendiri selepas diceroboh oleh sejenis haiwan baru-baru ini.
Haiwan tersebut tidak hanya memasuki rumahnya, malah membuat kacau dengan memunggah barangan yang ada di kediamannya sehingga beberapa barangan dilihat jatuh ke lantai.
Haiwan tersebut tidak hanya memasuki rumahnya, malah membuat kacau dengan memunggah barangan yang ada di kediamannya sehingga beberapa barangan dilihat jatuh ke lantai.
Mengeluh
“Nak mengeluh pun tak guna sebab saya arkitek rumah sendiri. Saya designlah banyak pintu dalam rumah ni.
“Supaya petang petang boleh buka dapat fresh air. Akhirnya monyet masuk habis weh. Dia kecahkan rumah semua,” luah Azhar di Instagram.
“Supaya petang petang boleh buka dapat fresh air. Akhirnya monyet masuk habis weh. Dia kecahkan rumah semua,” luah Azhar di Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”
ARTIKEL BERKAITAN: Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Persoal Tindakan Pejuang Hamas, Azhar Sulaiman Akhirnya Mohon Maaf - “Saya Tiada Niat Menentang”
ARTIKEL BERKAITAN: Beri Komen Berbaur Sensitif Tentang Palestin, Netizen Bandingkan Sikap Azhar Sulaiman Dengan Leona
Bapa kepada pempengaruh dan pencipta kandungan Leona Azhar itu berkata, perkara yang terjadi kepada dirinya itu dianggap sebagai satu mimpi buruk.
“Nightmare gila. Apahal dorang ni hah?” keluh Azhar.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya mencadangkan supaya Azhar memasak jeriji bagi mengelakkan perkara sama berulangan kembali.
“Nightmare gila. Apahal dorang ni hah?” keluh Azhar.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya mencadangkan supaya Azhar memasak jeriji bagi mengelakkan perkara sama berulangan kembali.