Hiburan

Nak Naik Flight Tapi Wajib Pakai Lampin? Garis Panduan Pendemik Khusus Untuk...

gempak
Hanafis Haris
11/12/2020
14:25 MYT
Sponsor Banner
Nak Naik Flight Tapi Wajib Pakai Lampin? Garis Panduan Pendemik Khusus Untuk...
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah mengeluarkan garis panduan khas buat industri penerbangan negara dalam mengendalikan pandemik.
Dokumen yang dinamakan sebagai Garis Panduan Teknikal Pencegahan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan, Edisi Keenam, mengandungi nasihat mengenai amalan kebersihan terbaik untuk dilakukan ketika berada di dalam pesawat dan di lapangan terbang.
Menerusi garis panduan berkenaan, pelbagai cadangan diusulkan termasuklah dengan pemakaian alat perlindungan diri (PPE), pelitup muka, sarung tangan, gogel, pelitup kasut jenis pakai buang dan sebagainya.
Namun, terdapat satu cadangan yang mungkin kurang senang untuk didengari oleh anak kapal sehingga menimbulkan persoalan kerana ia dilihat seperti tidak masuk akal.
Garis panduan tersebut memberi cadangan supaya anak kapal memakai lampin pakai buang.
Penggunaan lampin pakai buang dewasa kerana ini bagi memastikan mereka ini tidak perlu untuk ke bilik air menggunakan tandas, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan,
Walaupun saranan itu agak dramatik, namun tidak dapat menafikan bahawa tandas di dalam pesawat merupakan tempat yang paling banyak kuman atau kotor di dalam kapal terbang.
Teori ini dibuktikan menerusi satu kes apabila, seorang wanita yang melakukan perjalanan dari Itali ke Korea Selatan dijangkiti COVID-19, Ogos lalu.
Menurut laporan, sepanjang destinasinya itu, dia hanya singgah untuk ke tandas dan itu merupakan satu-satunya ketika dia tidak memakai pelitup muka jenis N95.
Susulan itu, pihak terlibat mendapati wanita itu berkemungkinan dijangkiti sewaktu berada di bilik air pesawat berkenaan.
Sumber & Foto : Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live