Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Nak Nampak Menarik...Kenalah Keluar Duit" - Nabila Huda Tak Berkira Untuk Cantik!

Asraf Aided
17/08/2021 05:40 MYT
Aktres popular, Nabila Huda berkongsi pendapat mengenai usaha yang perlu dilakukan oleh seorang anak seni untuk kelihatan menarik di kaca TV.

Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, tidak salah untuk berkongsi rezeki membayar jurusolek dan mereka yang terlibat dengan urusan penggayaan.

"Kalau mahu kelihatan menarik di skrin, nak nampak presentable, kenalah keluar duit, tak salah untuk kita kongsikan rezeki kita pada teman-teman yang terkesan juga ketika pandemik ini.

"Jangan berkira, dalam masa yang sama, kita juga puas hati dengan hasil itu nanti.

"Saya bukan selebriti yang pandai make up sendiri, saya sentiasa perlukan mereka yang pakar untuk siapkan look yang diperlukan untuk watak seorang pengacara, ini pun dipanggil usaha," kongsinya di Instagram.

Dalam entri sama, Abil berkongsi beberapa foto disolek cantik oleh Khir Khalid selain mengenakan persalinan Louis Vuitton untuk sebuah program hiburan.

Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut dan rakan selebriti memuji gaya dan solekan anak legenda rock Amy Search itu.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Kredit Foto: Instagram Nabila Huda (foto oleh @biboaswan)

#pelakon #Nabila Huda #Pengacara #Cantik #Mengacara
;