Hiburan

"Nak Nyanyi Live Dengan Bagus Kena Cukup Tidur" - Nasihat Haqiem Rusli

gempak
Amri Hassan
27/01/2019
05:58 MYT
Sponsor Banner
"Nak Nyanyi Live Dengan Bagus Kena Cukup Tidur" - Nasihat Haqiem Rusli
Finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Haqiem Rusli berkongsi tips untuk mendapatkan suara yang merdu apabila membuat persembahan secara langsung.
Kata Haqiem, dia akan memastikan tidur yang cukup demi menjaga vokal terutama jika menjelang pertandingan seperti AJL33.
"Kalau nak menyanyi bagus ketika live kena cukup tidur, saya pernah kaji sebelum ini.
"Kalau satu hari tak cukup tidur nyanyi mesti akan jadis sumbang.
"Saya pula seorang yang selalu berdepan masalah insomnia (kesukaran untuk tidur), sampai mak pun akan bising-bising kalau pukul 3 pagi belum tidur.
"Tapi selalunya seminggu menjelang pentas besar seperti AJL33 saya akan pastikan saya mendapat tidur yang mencukupi," katanya kepada Gempak.
Haqiem yang baru membolot tiga trofi pada EDMA 2018 kini dalam persiapan akhir untuk ke pentas AJL33 minggu hadapan.
"Alhamdulillah persiapan berjalan lancar dan semuanya sudah sedia, tinggal sound check di pentas sahaja. Doa-doakan kami buat yang terbaik," katanya yang bakal muncul dengan single berbahasa Inggeris keduanya tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024