Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Nak Pegang Rayyan Kena Sanitize Tangan Dulu" - Syarat Elfira Sebelum Orang Luar Sentuh Anak

Amri Hassan
10/02/2020 12:45 MYT
Pelakon Elfira Loy tidak menghalang peminat atau orang luar menyentuh anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia empat bulan.

Namun Elfira, 27, meletakkan syarat untuk membersihkan tangan sebelum menyentuh anaknya.

"Saya pun sukakan bayi akan rasa nak pegang kalau jumpa tetapi sebagai seorang ibu saya akan sediakan sanitizer.

"Jadi, nak pegang boleh tetapi kena 'sanitize' dulu. Tetapi saya tidak menghalang sesiapa menyentuh anak saya pun," katanya kepada HLive.

Tambah Elfira, Rayyan seorang anak yang sentiasa memudahkan kerjanya.

"Hidup saya gembira dengan kehadiran Rayyan dan tak susah pun bawa dia bekerja tetapi perlulah tempat yang bersesuaian sahaja.

"Saya tak pernah tak tidur malam, Rayyan sangat menyenangkan.

"Dari berpantang lagi saya ajar dia bangun dua kali kemudian tidur balik. Itu sebablah saya senang bawa dia kemana-mana," tambahnya.

Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada Oktober lalu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Anak #Elfira Loy #Pelakon
;