“Nak Peluk Mak, Nak Makan Masakan Mak... Tapi Semua Tinggal Kenangan” - Ifa Raziah

Kamaruddin Razal
April 4, 2018 07:00 MYT
Selebriti serba boleh, Ifa Raziah mendedikasikan ucapan yang meruntun jiwa bersempena tarikh ulang tahun kelahiran arwah ibunya, Maimunah Ahmad.
Ifa berkongsi rasa pilu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ifa_raziah.
“Happy Birthday Mak. Hari ini 4 April 2018. Rindu sangat pada mak. Nak peluk mak, nak cium mak, nak bau badan mak, nak dengar mak berleter, nak makan masakan mak, nak mak suapkan makanan dalam mulut, nak bawak mak pergi shopping, nak hadiahkan mak barang kemas, nak bawak mak pergi holiday, nak bawak mak pergi Mekah.
“Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Mak dah tiada lagi di dunia ini. Hanya doa dan restu mak yang masih tersemat di ingatan Ipah ini sampai bila-bila.
“Al-Fatihah buat roh mak semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Amin.. Love you and miss you mak,” tulis Ifa.
Rata-rata peminat turut sama bersedih membaca ucapan Ifa dan bersimpati dengan kehilangan yang dihadapi oleh Ifa.
Peminat selebriti itu juga mendoakan agar Ifa sentiasa kuat dan tabah menempuhi hari-hari mendatang tanpa kehadiran insan bergelar ibu.
Arwah ibu Ifa meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis pada tahun 2010 kerana komplikasi penyakit buah pinggang.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ifa
#pelakon #Penyanyi #Ifa Raziah #Pelakon #Penyanyi