Pelakon, Puteri Sarah menyatakan hasrat untuk membantu seorang ibu anak tujuh yang dihalau dari rumah sewa.

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Puteri Sarah telah berkongsi satu keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda,”

Puteri Sarah berpendapat kelakuan suami wanita itu agak kejam kerana mengabaikan isteri dan anak-anaknya selepas berpoligami.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab.

“Siapa kakak ni? Jika ada ada contact DM Sarah please. Sarah nak tolong,” tulisnya.

Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.