Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima dan pelakon Nonny Nadirah mengakui penghijrahan yang dilakukan oleh adalah kemahuan dirinya sendiri.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny berkongsi sebuah video dan menceritakan kisah penghijrahan yang berlaku terhadap dirinya.

"Biar kita nampak jahil di mata manusia, yang penting antara kita dengan Allah s.w.t sahaja yang tau apa kebaikan yang kita buat.

"Carilah kebahagiaan untuk diri sendiri dari sibuk bergaduh dan mencari salah sesama sendiri. Nak puaskan hati, nak jaga hati semua makhluk sampai mati pun takkan pernah habis.

“Biar kita nampak jahil di mata manusia, yang penting antara kita dgn Allah s.w.t sahaja yg tau apa kebaikan yg kita buat.” ? . Carilah kebahagiaan utk diri sendiri dari sibuk bergaduh dan mencari salah sesama sendiri. nak puaskan hati,nak jaga hati semua makhluk sampai mati pun takkan pernah habis. Kau tunjuk atau berbuat jahat dah sah2 salah, Kau tunjuk atau berbuat baik pun salah, Jadi apa kata teruskanlah berbuat baik walaupun kau dituduh acah2 baik. End up bukan awal kita yg dilihat tapi pengakhiran kita tu yg kita sendiri xtau samada baik ataupun tidak. jadi? tepuk dada tanya selera, nak mkn nasi lemak atau sausage scramble egg? . Ok lapar. nak breakfast jap!

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on


"Kau tunjuk atau berbuat jahat dah sah-sah salah, kau tunjuk atau berbuat baik pun salah, jadi apa kata teruskanlah berbuat baik walaupun kau dituduh acah-acah baik.

"End up bukan awal kita yang dilihat tapi pengakhiran kita tu yang kita sendiri tak tau samada baik ataupun tidak. jadi tepuk dada tanya selera," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nonny dan mendoakan agar dia terus istiqomah dalam melakukan perubahan pada dirinya.