"Nak Puaskan Hati & Jaga Hati Semua Makhluk Sampai Mati Pun Takkan Pernah Habis" - Nonny Nadirah

Rozaimi Zubaidi
Mac 12, 2019 03:25 MYT
Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima dan pelakon Nonny Nadirah mengakui penghijrahan yang dilakukan oleh adalah kemahuan dirinya sendiri.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny berkongsi sebuah video dan menceritakan kisah penghijrahan yang berlaku terhadap dirinya.
"Biar kita nampak jahil di mata manusia, yang penting antara kita dengan Allah s.w.t sahaja yang tau apa kebaikan yang kita buat.
"Carilah kebahagiaan untuk diri sendiri dari sibuk bergaduh dan mencari salah sesama sendiri. Nak puaskan hati, nak jaga hati semua makhluk sampai mati pun takkan pernah habis.
"Kau tunjuk atau berbuat jahat dah sah-sah salah, kau tunjuk atau berbuat baik pun salah, jadi apa kata teruskanlah berbuat baik walaupun kau dituduh acah-acah baik.
"End up bukan awal kita yang dilihat tapi pengakhiran kita tu yang kita sendiri tak tau samada baik ataupun tidak. jadi tepuk dada tanya selera," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nonny dan mendoakan agar dia terus istiqomah dalam melakukan perubahan pada dirinya.
#pelakon #Pelakon #Nonny Nadirah