Laman Utama

"Nak R*men, Cium Awak.." - Kelly Azman Terima Mesej Lucah, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang!

Amri Hassan
19/09/2023
12:30 MYT
Selebriti versatil, Kelly Azman tegas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada kiriman mesej berbaur lucah dihantar kepadanya selepas ini.
Jelas Kelly, atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 40, tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis kepada individu di sebalik profile Instagram terbabit.
"Dari minggu lepas lagi saya dah perasan DM daripada individu ini, sebelum ini pun ada dapat mesej tapi tidak melampau begini.
"Saya rasa tak adillah bila ada fake akaun buat saya macam ni, lepas tu mengaitkan tentang seksualiti. Kalau boleh janganlah buat begini pada saya, saya ni orang kenal... Kalau orang ingat betul, saya yang malu.
"Sekiranya mereka nak buat lagi (DM) saya akan ambil tindakan membuat laporan polis dan undang-undang," tegasnya.
Terdahulu, Kelly yang popular dengan lagu No No No memuat naik paparan skrin kiriman mesej berbaur lucah daripada pengguna media sosial Instagramnya.
Dalam mesej terbabit, individu berkenaan 'geram' dengan Kelly dan mengajak wartawan selebriti itu untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.
Kelly bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti identiti penghantar mesej berkenaan dan menyifatkan ia akaun palsu yang dibuat semata-mata untuk menjatuhkannya.
"Saya suspek orang sekeliling juga buat fake akaun, mungkin nak bergurau tapi tak eloklah untuk mental dan fizikal saya. Hentikanlah!" tambah Kelly.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.