Laman Utama

“Nak Saman, Nak Rampas Kami Terima Tapi…”- Barang Meniaga Kena Angkut MBSA, Nadya Syahera Minta Berlaku Adil

Syafiqah Jalal
30/09/2022
08:23 MYT
Pelakon Nadya Syahera kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bersikap tidak adil dengan merampas barang perniagaannya di tepi jalan.
Kata Nadya dia akui kesalahan yang dilakukan namun mempersoalkan mengapa hanya gerai buah-buahannya sahaja yang dirampas sedangkan terdapat peniaga tepi jalan yang lain yang berada di situ.
“Kadang-kadang memang kesal betul dengan sesetengah pihak yang kurang berlaku adil dalam situasi-situasi begini. Bukan tak puas hati sebab kena saman dan tak boleh meniaga tapi kesal sebab adil tu tak ada.
“Kalau nak angkut (rampas barang niaga), biar semua kena. Khemah kami kena dan kedai mamak berhampiran kena angkut meja yang dilipat dan letak tepi tak guna pun, tapi tetap kena. pelik juga.
“Kemudian gerai yang lain mungkin sekadar saman tapi barang tak dirampas seperti kami,” luahnya.
Pelakon The Maid musim pertama itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik rakaman video saat barang perniagaan dia dan suaminya dirampas.
Dalam pada itu, Nadya tidak menolak jika ada pihak yang cuba untuk bersikap tidak puas hati membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Dan jika betul ada yang report tentang kami, kami okay je dan dah biasa kena pun. Cuma kalau Melayu cuba tindas Melayu. Kamu boleh kaya dunia akhirat ke guna cara macam ni,” persoalnya.
Bagaimanapun, Nadya memberitahu dia dan suami reda dengan apa yang berlaku.
“Saya dan suami insyaAllah okay je. Kami reda dan buah-buah yang tak boleh jual tadi. Alhamdulillah ada yang dah borong semua. Allah maha baik,” kongsinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Serangan Balai Polis: Ibu, Bapa Tiada Kekuatan Lihat Barang Arwah Konstabel Muhamad Syafiq

gempak
08/06/2024
23:55 MYT
Ahli keluarga kepada Konstabel Muhamad Syafiq, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak sanggup untuk membuka bungkusan barang peninggalan Allahyarham yang diterima mereka.
Berita

Cukai Jualan 10% Berkuat Kuasa, Ini Antara Harga Barangan Online Yang Dah Mula Naik

gempak
04/01/2024
07:55 MYT
Ini antara barang yang naik harga
Laman Utama

"Baru Dapat Kebenaran MBSA" - Stadium Shah Alam Bakal Dirobohkan

gempak
27/12/2023
09:50 MYT
Update proses perobohan Stadium Shah Alam.
Laman Utama

Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Azza Elite Datang Support - “Berbunga Hati Kita”

gempak
13/12/2023
08:55 MYT
Mesti sedap nasi ayam Faye ni.
Laman Utama

Hormati Derita Palestin, Konsert Milenia Tangguh Lagi - "Konsert Artis Barat, Bollywood, Korea Diluluskan Pula"

gempak
21/11/2023
05:32 MYT
Majlis Bandaraya Shah Alam yang memohon agar acara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu kerana berpendapat ia tidak sesuai dijalankan sekarang.