Hiburan
"Nak Ubah Nasib Kita Dengan Segala Yang Papa Ada..." - Fendy Caliph Buskers Rindukan Anak
Pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Nur Azalea Zafirah.
Menerusi laman Instagram miliknya, Fendy berkongsi foto bersama Azalea dan mencoret ucapan khas untuk anaknya.
"Tak ada perasaan paling indah selain dapat berjumpa dengan kamu. Rasa rindu ini tak mampu terungkapkan lagi. Papa rindu nak gelak ketawa dengan awak, nyanyi bersama, dan sembang-sembang macam dulu walaupun kadang-kadang awak bukan faham pun, tapi papa bahagia.
"Kamulah kekuatan papa, kamu yang banyak mengajar papa erti tanggungjawab," tulisnya.
Dalam pada itu, Fendy turut menanam azam untuk mengubah nasib dirinya dan anak.
"Tuhan kirimkan kamu untuk papa agar papa kuat dalam menjalani ujian hidup. Insya-Allah kalau diizinkan Tuhan, papa nak ubah nasib kita dengan segala yang papa ada.
"Kamu berhak mendapat kebahagiaan seperti mana selayaknya kanak-kanak lain. Doakan papa agar tercapai cita-cita papa untuk mengubah jalan hidup kita dan memberi yang kebahagiaan yang selayaknya untuk kamu yang bernama Nur Azalea Zafirah, dari papa yang terlalu merindukanmu," tulisnya lagi.
Pada awal tahun ini, Fendy mendedahkan dia sudah dua tahun berpisah dengan vokalis wanita Caliph Buskers, Nurnadira Rubiana.
Nadira dan Fendy mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2014.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Azalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.
Selain Nadira dan Fendy, Caliph Buskers yang terkenal dengan lagu Buta dan Hanya Nama-Mu ini dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Must-Watch Video