Laman Utama
#NakCakapSikit: Esok Dah Raya, Tapi Jangan Cuba-Cuba Langgar SOP!
Malam tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sudahpun mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok hari iaitu Khamis bersamaan dengan 13 Mei 2021.
#NakCakapSikit tahu masih ramai yang ‘bitter’ apabila kerajaan melarang aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Maunya tidak, #NakCakapSikit pun bengang! Ye lah, mula-mula kita semua di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan berziarah tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Mestilah ‘excited’ walaupun sehari kan, dah plan pun nak pulun beraya dalam daerah sendiri, tup-tup tak boleh pula!
Alahai, persiapan semua dah siap! Siapa yang nak makan kuih raya 12 jenis, lemang dah order lima batang, ketupat palas, nasi himpit, rendang daging tiga kilo, kuah kacang lagi…Adoi…
Tapi apa nak buat…Arahan pun dah dikeluarkan. Patuh sahajalah. Terpaksa cari alternatif lain untuk elak pembaziran juadah Aidilfitri. Tak apalah, untung-untung dapat juga pahala bersedekah!
Itu #NakCakapSikit tak masuk lagi bab kesedihan tak dapat menziarah pusara Allahyarham Abah…Dah dua tahun berturut-turut ni…Adoi! Okay-okay, kita move-on!
#NakCakapSikit harap, korang semua pun bersabarlah ya. Telanlah semua ‘kepayahan’ ini. Nak tak nak kita kena ikut dan jangan cuba-cuba ingkar!
Seram juga semalam bila baca pihak polis akan buat ‘kunjungan mesra’ dari rumah ke rumah!
Kalau nasib tak baik, rumah kita pula yang dapat ‘kunjungan mesra’ dah melayang pula ribu-ribu ringgit disebabkan kompaun.
Haaa..lagi satu, TAHNIAH juga kepada PENDEKAR JALAN RAYA yang hati kering MERENTAS NEGERI lepas tu kena patah balik…Korang memang HEBAT dan BIJAK! Kah! Kah! Kah!
Nahhh..#NakCakapSikit nak bagi lirii lagu ‘Cuba Jangan Cuba’ nyanyian Salih Yaakob untuk korang renungkan bersama. Memang relate weh!
“Cuba cuba jangan cuba,
“Tak pernah rasa nak rasa,
“Sudah kena baru padan muka,
“Sana sini serba tak kena…”
Ni #NakCakapSikit…Jangan cuba-cuba lah ya…Bertindak bijak untuk kebaikan kita bersama.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…Mana-mana yang terkasar, terlepas kata #NakCakapSikit mohon maaflah, terkadang jari ni terkhilaf.
Pssttt...Yang tak pernah dengan lagu Salih Yaakob tu, ni untuk korang!
Must-Watch Video