Laman Utama

#NakCakapSikit: Jadikan Tragedi Pemandu Treler Sebagai Iktibar, Jangan Sibuk Nak Viral Je…

gempak
Fiza Kamarudin
05/01/2022
13:15 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Jadikan Tragedi Pemandu Treler Sebagai Iktibar, Jangan Sibuk Nak Viral Je…
Pertama sekali #NakCakapSikit ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sukri Abd Samad yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lori dipandunya.
Terus-terang selepas menonton video tular Allahyarham, hati #NakCakapSikit jadi sakit sebab tukang rakam seperti tiada perasaan simpati melihat keadaan Ahmad Sukri ketika itu.
Tanpa usul periksa menuduh Ahmad Sukri mabuk walaupun jelas keadaan Allahyarham ketika itu dalam keadaan sedang menahan kesakitan sehingga tidak mampu mempertahankan diri.
Ahmad Sukri disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Kalaulah…cepat sikit dibawa ke hospital, mungkin beliau dapat diselamatkan.
Ya, memang betul ajal dan maut adalah ketentuan Illahi, tetapi #NakCakapSikit harap jadikanlah tragedi ini sebagai pengajaran.
Jangan sibuk nak jadi nombor satu dan viralkan semua benda sampai hilang empati! Rakus sangat nak jadi wartawan bertauliah.
Dan…yang sambung sebar pun, jangan ghairah sangat…Tak fasal-fasal kena serang pula dengan netizen lain.
Sebab itulah di media massa ada kempen ‘tak pasti jangan kongsi’…Ha, bukan saja-saja tetapi sebab kita nak avoid benda-benda macam ni lah!
Kuasa viral media sosial ini memang cepat dan tidak dinafikan kebaikannya jika digunakan secara berhemah, tetapi beringat-ingatlah ya…
Bayangkanlah perasaan mangsa ketika menonton video tersebut…Jika kita di tempat mereka, bagaimana?
Terdahulu, tular sebuah video mendakwa seorang pemandu treler mabuk terbabit nahas dengan tiga buah kereta di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berhampiran sebuah kilang pada Isnin.
Bagaimanapun berita tersebut adalah fitnah semata-mata kerana pemandu treler itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.
Dia juga dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah 'myocardial infarction' (serangan jantung).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024