Laman Utama

Nama 'Alif' Jadi Kontroversi, Alif Satar Kena Tempias Netizen - "Yang Ni Perlu Perbaiki..."

Gempak
28/11/2023
14:55 MYT
Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang isu seorang pempengaruh Islamik yang dikenali sebagai Alif Teega berkahwin kali kedua di Siam.
Oleh sebab nama Alif disebut-sebut, pengacara dan penyanyi Alif Satar turut menerima tempias daripada kontroversi berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Platform X, seorang individu menyatakan Alif Satar tidak perlu memperbaiki diri dari segi aspek rumah tangga sebaliknya memberi penambahbaikan kepada francais makanan Pasta Panas.
"Satu benda Alif yang ni perlu perbaiki ialah portion Pasta Panas," tulis netizen tersebut. Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pendapat yang diajukan dan meminta Alif menyelaraskan kandungan makanan dengan harga yang dibayar.
"Bukan portion tapi kurangkan harga. Bapak mahal. Dah la pakai chicken slice je,"
"Sama ada kurangkan harga atau lebihkan portion, no in between."

BERITA TRENDING: Pernah Kritik Isu Curang, Alif Teega Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ - “Allah Uji Dia Dengan Kata-Kata Sendiri”

Bagaimanapun, ada segelintir warganet menerangkan Alif Satar bukan empunya francais makanan tersebut sebaliknya hanyalah seorang duta jenama berikut dan tidak sepatutnya dipersalahkan.
"Tapi dia brand ambassador je, pemiliknya orang lain,"
"Alif Satar tu duta jenama ni je sis,"
Sekadar info, Alif Satar sebelum ini membuat kenyataan bahawa dirinya berasa kurang selesa apabila namanya dipuji dan dibandingkan atas cerita negatif orang lain.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).