,
Laman Utama

“Nama Anak? Kena Tanya Merekalah…” - Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu, Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya

Izwan Isa
03/02/2022
00:50 MYT
Perasaan ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangan telah bergelar bapa? Mungkin itulah perasaan yang dikecapi oleh ibu Harris Alif, Khalizah Abdul Khalid saat mendapat perkhabaran Harris telah menimang puteri sulungnya pada 31 Januari yang lalu.
Menerusi perbualan telefon, Khaliza berkata, dia sangat teruja apabila mendapat tahu anak dan menantunya, Intan Ladyana berada dalam keadaan baik.
“Of course saya happy dan bersyukur dengan kelahiran cucu ketiga ini. Memanglah pada awalnya rasa berdebar-debar. Maklumlah sebab kita tidak dapat pergi tengok.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) hospital memang tak benarkan keluarga untuk masuk, terutama di kawasan tempat bersalin. Hanya suami sahaja yang dibenarkan menemani isteri.
“Jadi, setiap kali ada perkembangan, memang Harris yang akan khabarkan kepada kami,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang proses berpantang, Khaliza berkata, Intan akan berpantang di rumah mereka.
“Kalau proses berpantang akan dilakukan di rumah Intan dan Harris lah. Saya berharap agar kehidupan mereka bertambah bahagia dan sentiasa dirahmati. Insya-Allah, apabila Intan sudah discharged, saya akan datang melawat dia dan cucu,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia sudah mengetahui nama yang bakal diberikan kepada cucunya, Khaliza menjawab:
“Nama anak? Kena tanya merekalah…,” katanya sambil tertawa.
BACA: Intan Ladyana Dan Harris Alif Sambut Kelahiran Puteri Sulung
Terdahulu, baik Intan mahupun Harris, masing-masing enggan memberitahu tentang status kandungan sungguhpun Intan kelihatan sarat hamil menerusi beberapa siri foto dan video yang dimuat naik di media sosial.
Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar