Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Nama Awak Akan Selalu Ada Dalam Doa Saya" - Eyra Hazali Tulis Ucapan Manis Buat Hari Lahir Suami

Asraf Aided 06/01/2020 | 11:41 MYT
Pelakon Eyra Hazali menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Haziq Nadzli yang ke-22.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Eyra turut mendoakan suaminya itu agar panjang umur dan dimurahkan rezeki.
"Selamat hari lahir syurgaku, saya doakan semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus dan sentiasa diberkati Allah SWT.
"Terima kasih untuk semua perkara yang awak dah lakukan untuk saya, nama awak akan selalu ada dalam doa saya, I love you so much Suami!" tulis Eyra sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Eyra di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Haziq.

Happy Birthday Syurgaku ❤️. I doakan sayang semoga panjang umur,dilimpahkan rezeki yang tak putus2 dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Thank you for all the things you’ve done for me. Nama sayang akan selalu dalam doa i. I love you so much Suami ! ❤️

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Mereka diijabkabul dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.
#pelakon #Pelakon #Eyra Hazali
;