Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Nama Besar, Jadi Hero Tapi Bila Bapa Mati Kau Tak Boleh…”- 45 Tahun Baru Belajar Mengaji, Rosyam Nor Kongsi Kisah Berhijrah

Mya Amri
21/08/2020 08:16 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor berkongi kisah pemergian arwah bapanya yang memberikan pengajaran paling besar buat dirinya.

Rosyam menerusi menerusi program Rumah No 107 mendedah penyesalan yang terbuku dihati apabila tidak dapat mengaji untuk jenazah arwah bapanya.

“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu.

“Bila bapa saya meninggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jenazah arwah bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.

“Saya tengok jenazah bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazah arwah bapa saya.

“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa hinanya saya.

“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa mati kau tak boleh sedekahkan.

“Dari situ terdetiklah di hati saya... Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah.

“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” kongsinya.

Selain Rosyam, Zizan Razak juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Saksikan episod penuh Rosyam dan Zizan menerusi Rumah 107 hari ini, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.


#Datuk Rosyam Nor #Rumah No 107
;