KELUANG MAN
Nama Dipetik Netizen Sebagai Calon GV, Krisya Komen - “Yang Itu Saya Rasa Kena…”
Penyanyi Krisya menjadi perhatian selepas membuat kemunculan semula dengan menyanyikan lagu runut bunyi atau OST Keluang Man.
Ramai cadang masuk GV
Disebabkan itu, netizen mula mencadangkan namanya sebagai salah seorang bintang yang layak untuk memasuki program popular iaitu Gegar Vaganza.
Memberikan respon terhadap perkara itu, Krisya berkata sekiranya mahu menyeryai program berkenaan, dia perlulah membuat persediaan dengan teliti.
“Yang itu saya rasa saya kena betul-betul bersedia, kena buat persiapan kalau betul-betul nak bagi komitmen sepenuhnya.
“Dan saya akan fikirkan tengok macam mana pasal saya tahu yang komitmen memang panjang, tiga bulan, jadi kita tengok macam mana,” ujarnya.
Krisya berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas sesi latihan untuk Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN:Krisya Kongsi Keputusan Berhijab: “Inilah Imej Saya Sekarang”
ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Nyanyikan OST Keluang Man Di GMWA24, Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok Persembahan Krisya & S.O.G! - “ Comeback Paling Epik!”
ARTIKEL BERKAITAN:S.O.G & Krisya Jadi Pilihan OST Keluang Man, Netizen Approved! - “Power! Begini Punya Nyanyian, Dah Boleh Bawa Masuk Bertanding Lagu Ni”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Dah Mula Panggil Nas Sebagai Keluang Man
Krisya bersama kumpulan S.O.G telah mempersembahkan lagu OST bagi filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man buat pertama kali di pentas GMWA24 pada Ahad.