Laman Utama

Nama Dipetik Yasin Sulaiman, Syed Saddiq Beri Respon - “Bukan Satu Tugas Mudah Tapi…”

gempak
Mya Amri
01/04/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
Nama Dipetik Yasin Sulaiman, Syed Saddiq Beri Respon - “Bukan Satu Tugas Mudah Tapi…”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberikan respon berhubung namanya disebut oleh penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.
Saddiq menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya menjelaskan untuk meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan bukan satu tugasan yang mudah.
“Saya menerima satu laporan dan klip video tentang seorang penggiat seni yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ganja dan dadah.
“Saya tidak akan mengulas berkenaan kes ini dan akan serahkan kepada pihak mahkamah dan peguam. Saya tidak mahu mengganggu perjalanan kes. Saya cuma nak ulang pendirian saya dalam isu penggunaan ganja/kanabis.
“Sejak menjadi menteri pada 2018-2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).
“Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, YB Dr Dzulkefly pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan MOH untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.
“Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin sekarang.
"Keputusan dan gesaan ini dibuat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab “trend” atau cakap-cakap orang. Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.
“Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia.
“Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion,” maklumnya.
BACA: “Kirim Salam Pada YB Syd Saddiq, Minta…” - Yasin Sulaiman Di Dakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Miliki Dadah
Namun Saddiq menegaskan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan ada perkembangan positif kelak.
“Saya sendiri ambil tanggungjawab dalam memperkenalkan industri ini di negara kita.
“Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti,” jelasnya.
Terdahulu, Saddiq ketika bergelar menteri sebelum ini telah menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live