Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Nama Itu Merupakan Nama Samaran Saya Ketika Belajar” - Rita Sosilawati Lancar Koleksi Beg Victoria Sloane

Azwa Rahman
18/04/2019 05:48 MYT
Legasi jenama kecantikan Nouvelles Visages, Rita Sosilawati melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan fesyen dengan melancarkan koleksi beg tangan, Victoria Sloane.
 
Hadir dalam lima koleksi terkini iaitu Warwick, Essex, Halborn, Abbey dan Kew, setiap rekaan ini mendapat sentuhan gabungan Asia dan Itali yang terperinci.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akhirnya dgn Lafaz bismillahirrahmanirrahim I dah launch my Victoria Sloane spring/summer 2019!!!! Gitew lah ? for this collection boleh beli di @shopee_my and I bagi promo code for dapat 10% discount. #victoriaslone2019 @victoria.sloane .?: @nabilhussin Asst : @beelayusri Make-up: @arymuzamer Director : @pinography Wardrobe : @zulherizalstudio

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on


Sesuai digayakan oleh wanita dari pelbagai peringkat umur, warna-warnanya cukup mencengkam mata semua fesyenista.
 
Bercerita lanjut tentang nama Victoria Sloane, Rita menjelaskan nama itu nama itu merupakan ‘alter ego’ atau nama samaran yang digunakan ketika belajar di United Kingdom.
 
“Ketika itu saya berada di dalam keretapi di antara stesen Victoria Street dan Sloane Street.... Secara tiba-tiba, teman saya mencadangkan agar saya ada nama samaran.
 
“Jadi, terlintas di fikiran saya untuk menggabungkan nama Victoria Sloane itu kerana ia catchy dan nampak bergaya," jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran semalam.
 
Dengan harga di bawah RM200 dan mampu milik, koleksi musim bunga/panas Victoria Sloane ini boleh dibeli menerusi platform Shopee bermula hari ini.
#Fesyen #Beg Tangan #Victoria Sloane